Saturday, April 19, 2008

CERAI SECARA TAKLIK

Soalan :

1. seseorang lelaki bila melafazkan akad nikah dan selepas itu membaca dan mendatangani taklik maka selepas itu dia akan terikat dengan taklik tersebut.
2. Sebagai membuktikan kasih sayang pada isterinya, maka si lelaki itu melafaz taklik tambahan maksud saya dia telah menulis satu taklik diatas kertas yg lafaznya berbunyi ; sekiranya dia mempunyai kekasih lain atau melakukan zina dgn perempuan lain maka jatuhlah talak 1 ke atas isterinya" taklik tersebut dilafaz dihadapan pegawai jabatan agama dan salinan taklik itu juga ada disimpan oleh pegawai agama tersebut.
3.persoalannya apakah taklik yang telah dibuat boleh dibatalkan sewenangnya contohnya untuk taklik tambahan itu.
Jawapan :
Menurut pandangan jumhur (majoriti) ulamak termasuk imam-imam mazhab empat; Talak secara taklik (yakni secara ikatan) adalah harus dan apabila berlaku perkara atau peristiwa yang ditaklikkan (yakni yang diikat dengan talak), maka akan tertalak lah isteri jika memenuhi syarat-syarat berikut;

1. Suami ada kelayakan untuk menjatuhkan talak
2. Wanita itu adalah miliknya (yakni berstatus isterinya)
3. Perkara atau peristiwa yang ditaklikkan kepada talak itu harus berlaku, bukan yang mustahil berlaku atau digantungkan kepada kehendak Allah.
(Mabahis Fiqhiyyah Fi Masail al-Ahwal asy-Syakhsiyyah, Dr. Nasr Farid Wasil, hlm. 264).

Namun ada juga di kalangan ulamak yang berbeza pandangan dengan jumhur ulamak di atas. Di antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm dan Abi ‘Abdurrahman (salah seorang murid Imam Syafi’ie) yang berpandangan; talak atau cerai secara taklik tidak sah dan tidak jatuh talak. Menurut mereka; talak tidak menerima taklik sebagaimana juga nikah. (Ighasah al-Lahfan, Imam Ibnul-Qayyim, jil. 2. hlm. 81).

Sebahagian ulamak (antaranya Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim al-Jauzi dan Syeikh Ahmad as-Syirbasi) membezakan antara dua keadaan;

1. Cerai/Talak secara taklik yang dilafazkan memang dengan niat untuk menceraikan, iaitu seorang lelaki mengikat talaknya terhadap isterinya dengan suatu peristiwa/perkara dan ia berniat dalam dirinya bahawa jika peristiwa/perkara itu terjadi, maka isterinya tertalak. Cerai taklik sebegini akan membawa kepada jatuhnya talak jika terjadi perkara/peristiwa yang ditaklikkan di dalam lafaz talak itu. Contohnya; seseorang berkata kepada isterinya; “Jika kamu menghalalkan baki maskawin yang tertanggung atas ku, maka kamu aku ceraikan” dengan ia berniat menceraikan isterinya jika isterinya menghalalkan maskawin itu. Ataupun, ia berkata kepada isterinya; “Jika kamu keluar dari rumah, kamu aku ceraikan” dan ia sememangnya berniat talak jika benar isterinya keluar rumah.

2. Cerai taklik yang dilafazkan semata-mata untuk memberi dorongan atau ancaman atau penegasan, bukan dengan niat menceraikan. Contohnya; seseorang itu berkata kepada isterinya; “Jika kamu pergi ke tempat itu, maka kamu tertalak” dan tatkala ia melafazkan ucapan ini, ia tidak bermaksud talak tetapi hanya sebagai ancaman terhadap isterinya untuk menegahnya dari pergi ke tempat yang dimaksudkan. Taklik sebegini lebih mirip kepada sumpah. Oleh itu, ia tidak menyebabkan jatuhnya talak, akan tetapi wajib membayar kaffarah sumpah jika taklik itu dilanggari iaitu dengan memberi makan 10 orang miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau membebaskan seorang hamba dan jika ke semua itu tidak mampu dilakukan, hendaklah berpuasa tiga hari. Pandangan ini menjadi amalan dalam undang-undang keluarga Islam di Mesir hari ini.

Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 7/447.
2. Yasalunaka Fid-Din Wal-Hayah, Dr. Syirbasi, 1/271.
3. Mukhtasar al-Fiqh al-Islami, at-Tuwaijiri, hlm. 185.

13 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.

seorang suami berkata: sekiranya kamu pergi ke tempat itu, maka kita selesai. Dengan niat cerai.

Kemudian suami menarik balik syarat dan isteri pergi ke tempat tersebut.

Soalan: adakah jatuh talak walaupun syarat ditarik balik?

terima kasih ustaz.

Anonymous said...

sy ingin menanyakan soalan berkenaan cerai taklik. suami saya melafazkan begini, jika bos awk tak bayar gaji awak pada bulan 3, saya ceraikan awak...adakah jatuh talak jika bos saya tak bayar gaji saya pada bulan 3? sedangkan suami saya pada ketika itu sedang marah, dan sekadar untuk menakutkan saya bahawa bos saya tu tidak akan membayar gaji saya.

Anonymous said...

salam ustaz,sy ada kemusykilan..mcm mana klu lafaz taklik diletakkan syarat yg baik.contohnya, klu engkau pergi haji jatuh talak satu.

syukran jazilan

Anonymous said...

taklik tambahan tu seperti menidakkan hak si suami untuk berpoligami. seperti perlu meruntuhkan masjid lama untuk membina masjid baru. ayat 'mempunyai kekasih lain' tu amat besar ruang lingkupnya.

Anonymous said...

ustaz,
sy nk tanya suami sy ada menyatakan rasa menyesal berkahwin dengan saya. adakah telah jatuh talak ke atas saya?

salam, terima kasih

yeopsagor said...

salam.. saya ada dua persoalan disini setelah membaca komen Ustaz di atas.

sekiranya ada sepasang suami isteri yang sedang bergaduh dan kemudian si isteri mengugut atau memprotes suami untuk keluar dari rumah ketika pergaduhan itu. Lantas si suami berkata "kalau kamu keluar rumah ni, aku cerai kamu talak satu" tetapi dalam hatinya berkata hanya untuk ketika itu dengan harapan supaya isterinya tidak keluar dari rumah.

Jika saya perhatikan disini, ia lebih kepada ancaman supaya si isteri tidak keluar dari rumah.

Minta pendapat ustaz..

KEDUA..

Jika keesokan harinya, isterinya keluar untuk bekerja, adakah taklik itu mash kekal? saya ada juga bertanya kepada 2 orang ustaz sebelum ini, dan mereka mengatakan tidak jatuh talak kerana ia tidak menunjukkan protes si isteri kepadaa suami.

minta pendapat ustaz..

azman blog said...

apekah salah,ber main game poker di dalam facee book,yang di kate kan game(game poker)kerna saya sering bermain,namun saya muskil,tolong beri saye jawapan,,,
saye pernah mendebgar,jika kita bermain judi,rumah susah rezeki,,,
atau boleh kah saye main sekali sekala

azman blog said...

apakah kesalahan,bermain game poker,didalam facebook,mengikut pandangan islam,kerna saya pernah mendengar jika kita bermain judi,rumah tudak masuk malaikat,bila rumah tidak masuk malaikat,maka banyak lah benda lain yang berlumba2 untuk masuk,mintak pandangan dan saranan,,,apakah bermain game poker,sama berjudi????

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya, isteri saya pergi meninggalkn rumah bersama seorang lelaki dan meninggalkn 5 org ank di rumah dibawah jagaan adik lelakinya yg berumur 17thn ketika saya menzirahi ibu saya di hospital kerana ter'kantoi' ada hubungan dengan lelaki tersebut pd awal bln Mei lps. Saya memintanya pulang tetapi enggan. Saya memberi wang rm300 dan kunci rumah kepada makcik saya dan saya ke KL menguruskn anak2 saya di bawah jagaan kakak saya.Dia dtg mngambil wang dan kunci rumah bersama lelaki tersebut tetapi tidak pulang. Sejak dari itu saya tidak memberi apa-apa nafkah lagi kepadanya.Skrg dia menuntut cerai taklik dari saya dan meminta hak jagaan kesemua anak-anak saya kerana dia dlm kesempitan kerana dia tahu saya akan memberi nafkah kepada anak-anak saya.Saya khuatiri anak-anak saya akan teraniaya dan terabai.Apakah sah cerai taklik yg dituntut oleh isteri saya sedangkan dalam lafaz taklik saya ada menyebut “Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”sedangkan dia tidak taatkan saya.
Sekian

Muhammad said...

Terima kasih ustaz...

mieguard said...

assalammualaikum..saya ingin kepastian saya telah menghantar satu sms berbunyi jika awak sebarkan gambar tu dlm internet kita berpisah..soalan saya adakah jatuh talak jika isteri betul2 melakukan dn adakah jatuh talak..?..azmi

Anonymous said...

assalamulaikum..
sy seorg isteri yg pnh di ceraikan dgn talak satu dalam masa iddah kami rujuk...suami membuat taklik jika berlaku dan sy membuat aduan akn jatuh talak dua...keadaan sekarang suami masih tidak adil dalam memberi nafkah zahir dan batin..
dia selalu kata symenyusahkan dia saja...penah dia suruh sy pergi ja..sy xtahu maksud dia...apakah status sy. ..kami suami isteri yg hidup berasingan..sy di rumah ibubapa sy dan suami di rumah ibubapa dia..

Anonymous said...

assalamualaikum...
jika seorang suami berkata kpd isterinya "kalau saya ni jahat saya dh cakap klu awak keluar dari pagar rumah ni jatuh talak.awak tak boleh keluar tau"
tanpa niat cerai adakah terjatuh talak.
terima kasih...