Soalan; saya menyukai seorang wanita dan dia juga menyukai saya. tetapi saya tidak bercinta sebagaimana yg dilakukan oleh golongan remaja sekarang. masing-masing tahu akan isi hati tetapi tidak pernah meluahkannya..mengikut pandangan islam bagaimana islam menetapkan perhubungan antara seorang lelaki dan wanita yang saling menyukai?
Jawapan;
Perasaan sayang, kasih dan menyukai adalah lumlah dalam diri setiap manusia. Namun perasaan itu hendaklah diterjemah mengikut saluran yang diizinkan Syarak. Apabila seorang lelaki menyukai seorang perempuan (yang bukan mahramnya), hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui akad perkahwinan. Jadi, berjumpalah dengan wali wanita yang saudara sukai itu dan pinanglah ia untuk dijadikan isteri yang sah. Jangan terjemahkan perasaan suka/cinta itu melalui hubungan percintaan (sebelum berkahwin) sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang hari ini kerana ia akan mendatangkan fitnah iaitu merosakkan hati, menjauhkan diri dari agama, membangkitkan nafsu dan mendorong kepada zina. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling merbahaya ke atas lelaki melebihi fitnah dari wanita” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Usamah r.a.)
Di dalam satu hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud); “Tidak terlihat oleh dua orang yang saling menyintai seumpama (cinta yang lahir dari) perkahwinan” (HR Imam Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini soheh. Al-Jami’ as-Saghier; hadis no. 7361)
Menurut Imam at-Thibi; hadis ini bermaksud; apabila seorang lelaki melihat kepada seorang wanita dan hatinya menyintainya, lalu ia mengahwini wanita itu, maka dengan perkahwinan akan bertambah kuatlah perasaan kasih itu. Ulamak-ulamak lain berkata; ubat paling besar yang dapat mengubati perasaan cinta ialah berkahwin. (Faidhul-Qadier, hadis no. 7361)
Wallahu a’lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
4 ulasan:
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya apakah pandangan ustaz tentang seorang perempuan yang melafazkan kasih sayang kepada seorang lelaki yang di sukainya? Tetapi lelaki itu juga meluahkan perasannya apabila si perempuan meluahkan perasannya.Jadi apakah pandangan ustaz tentang hubbungan ini. Syukran Uztaz.
alhamdulillah. ana ada satu persoalan tentang perkara yang same juga..apa pula pandangan Islam apabila dua-dua pihak mempunyai kata sepakat untuk meneruskan perhubungan tanpa membuat iktan seperti bertunang. tapi hanya sekadar janji begitu sahaja. dan kedua-dua pihak hanya mengambil keputusan untuk bersahabat dahulu.. keputusan ini diambil disebabkan kedua-dua pihak mempunyai komitmen lain sebelum mengambil kata sepakat untuk membuat sebarang ikatan yg sah. cuma sekadar memulakan perkenalan sahaja. macammana ye ustaz?jazakllh khairn kathiira..
assalamualaikum..
saya ingin bertanya pandangan ustaz.. Sekiranya seorang pepempuan ingin meluahkan isi hati kepada seorang lelaki yang disukainya, bagaimanakah pandangan Islam terhadap perkara ini?
tapi ,mcm mana nk tau yang seseorang itu memang jodoh kita?
Catat Ulasan