Thursday, September 4, 2008

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

9 comments:

bluehyppo said...

ASSALAMMUALAIKUM...
Ustaz sya nak tanya bolehkah ustaz menghantar kpada saya zikir yg dibaca slpas setiap 2 rakaat solat terawih..
kalau boleh hantarkan ke alamat eail sya...
azharikadir@yahoo.com
syukran ya ustaz...

bluehyppo said...

ASSALAMMUALAIKUM...
Ustaz sya nak tanya bolehkah ustaz menghantar kpada saya zikir yg dibaca slpas setiap 2 rakaat solat terawih..
kalau boleh hantarkan ke alamat eail sya...
azharikadir@yahoo.com
syukran ya ustaz...

bluehyppo said...

ASSALAMMUALAIKUM...
Ustaz sya nak tanya bolehkah ustaz menghantar kpada saya zikir yg dibaca slpas setiap 2 rakaat solat terawih..
kalau boleh hantarkan ke alamat eail sya...
azharikadir@yahoo.com
syukran ya ustaz...

hanis_annisa said...

thanks ustaz....artikel ustaz byk membantu saya yang masih tercari-cari hala tuju...
semoga usaha ustaz dirahmati Allah..

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,
sye ada sedikit kekeliruan dlm menunaikan solat terawih.adakah doa iftitah ada d bce kan dlm solat terawih?

Anonymous said...

Makaseh

mus@are said...

salam..saya nk mintak izin nk copy paste..terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum,
saya ingin bertanya,apakah maksud ustaz bahawa :
"Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain."?? adakah kita tidak boleh membaca Al Quran dan sebagainya sebagai selangan antara 2 rakaat?
terima kasih.

----- ----- said...

ermnn...setuju...